Jika anda sedang menghadapi masalah kewangan seperti hutang kad kredit atau kesan dari pinjaman wang, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mungkin boleh membantu anda untuk mengatur semula pembayaran hutang anda. Di sini, kami akan menjelaskan langkah-langkah untuk mendaftar dan membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan AKPK melalui akaun MAE Maybank.
Untuk anda yang tidak tahu, program ini dapat memberikan bantuan dalam mengatasi masalah hutang yang tidak kunjung selesai. Dengan adanya program ini, kita dapat mengurus hutang dengan berkesan.
Apakah AKPK ?
Sebuah agensi yang dikenali sebagai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan tujuan membantu individu-individu di Malaysia menyelesaikan sebarang permasalahan berkaitan kewangan mereka melalui pelbagai kaedah yang ada.
Cara Daftar AKPK
Berikut adalah langkah-langkah dalam mendaftar AKPK secara online yang boleh anda jadikan panduan:
- Buka laman web rasmi https://www.akpk.org.my/home/gateway
- Tekan link Click here to login
- Jika ini kali pertama anda sebagai pengguna, sila klik pada “Pengguna Baru? Daftar di sini.”
- Sila ikuti proses pendaftaran sehingga selesai
- Langkah seterusnya, anda boleh log masuk semula dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda, lalu klik pada butang “Log Masuk”.
Cara Bayar AKPK Melalui Maybank
Di bawah ini adalah cara untuk membuat pembayaran AKPK melalui mae maybank.
- Sila log masuk ke aplikasi Mae
- Kemudian, klik pada Bill Payment dan pilih JomPay
- Setelah itu, sila lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
- Pilih Pay From – dari akaun yang anda mahu.
- Pay To: Pilih JomPay
- Bileer code: masukkan 3004(AKPK)
- Amount: Masukkan jumlah yang mesti dibayar sesuai dengan bil air.
- Account No: Masukkan no akaun anda
- Effective Date: Pilih tarikh terkini
- Setelah anda telah mengisi semua maklumat, sila klik pada butang “Pay”.
- Transaksi anda perlu disahkan menggunakan kaedah Secure2u
- Selesai, pembayaran anda telah berjaya dilakukan
Semoga dengan perkongsian dalam artikel ini, anda dapat membuat pembayaran dengan lebih mudah dan cepat. Semoga bermanfaat.