Cara Bayar Air Selangor

Bagi mereka yang tinggal di Selangor, perlu diketahui bahawa kini terdapat kemudahan baru di mana semakan dan pembayaran bil air boleh dilakukan secara langsung melalui laman web rasmi Air Selangor. Tidak perlu lagi berurusan di kaunter. Ini akan membantu menjimatkan masa dan memudahkan urusan anda.

Portal Air Selangor

Bagi menggunakan kemudahan dalam talian ini, pelanggan perlu mendaftarkan profil mereka dengan mendaftar melalui Portal Pelanggan Air Selangor atau Aplikasi Telefon Bimbit Air Selangor.

Untuk makluman, berikut adalah beberapa kemudahan perkhidmatan yang akan anda peroleh setelah mendaftar:

  • Pengurusan akaun
  • Bil dan bayaran
  • Mengesan penggunaan bulanan
  • Aduan dan pertanyaan
  • Maklumat perkhidmatan

Cara Daftar Air Selangor

Pendaftaran sebagai pengguna baharu di Laman Rasmi Air Selangor boleh dilakukan melalui dua kaedah berikut:

1. Daftar Melalui Aplikasi Air Selangor

  • Sila muat turun aplikasi air selangor di Google Playstore atau App Store
  • Baca terma dan syarat dan klik “Agree”
  • Lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
    • Nama Penuh
    • Email
    • Nombor Telefon
    • No Kad Pengenalan
    • Kata Laluan
  • Klik pada Sign Up
  • Setelah anda selesai mendaftar, sila masukkan ‘Kod Pengesahan’ yang telah diterima melalui telefon bimbit anda.

2. Daftar Melalui Laman Web Air Selangor

  1. Buka laman web Air Selangor di https://crisportal.airselangor.com/
  2. Klik pada “Sign Up”
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
    • Nama Penuh
    • Email
    • Nombor Telefon
    • No Kad Pengenalan
    • Kata Laluan
  4. Seterusnya klik “Register” dan kemudian klik “Sign Up”
  5. Anda akan menerima satu SMS dengan kod 6 digit ke telefon bimbit anda
  6. Pendaftaran anda telah berjaya.
See also  Pembayaran Ansuran Atome

Cara Login Air Selangor

Setelah anda selesai mendaftar, anda boleh log masuk ke laman web rasmi Air Selangor.

  1. Layari laman web Air Selangor
  2. Sila masukkan Email dan Password anda
  3. Tekan log masuk
  4. Anda akan masuk ke dalam sistem

Cara Semak Dan Bayar Bil Air Selangor Online

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti:

  1. Semakan boleh dibuat di laman web https://crisportal.airselangor.com/
  2. Pada bahagian Dashboard, sila klik butang Bil & Pembayaran
  3. Seterusnya, tekan butang bayar
  4. Sila masukkan jumlah amaun yang ingin dibayar di ruangan yang disediakan
  5. Kemudian, masukkan email untuk terima resit
  6. Pilih bank
  7. Tekan pada butang ‘Teruskan’
  8. Selesai

Leave a Comment