Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan Awam

Bagi mereka yang sering menggunakan pengangkutan awam, adakah anda berpuas hati dengan sistem pengangkutan awam di Malaysia? Adakah anda ada cadangan untuk penambahbaikan pengangkutan awam di Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, Malaysia kini memiliki pelbagai jenis pengangkutan awam seperti darat, air, dan udara. Contoh pengangkutan yang sering digunakan termasuk bas, teksi, monorel, MRT, LRT, dan banyak lagi. Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa cadangan untuk meningkatkan sistem pengangkutan ini. Dimana penambahbaikan ini adalah sangat penting untuk memastikan keselesaan pengguna.

Cadangan Penambahbaikan

Untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Malaysia, kita boleh mengambil beberapa langkah-langkah berikut:

1. Peningkatan Pelayanan Bas

  • Meningkatkan kekerapan perkhidmatan bas dan menambah bilangan laluan untuk mengurangkan masa menunggu pengguna.

2. Kebersihan Dan Keselamatan:

  • Memastikan kenderaan pengangkutan awam sentiasa bersih dan selamat dengan pelaksanaan penyelenggaraan berkala dan meningkatkan penguatkuasaan peraturan keselamatan.

3. Sediakan Kawasan Parking Yang luas

  • Untuk meningkatkan keselesaan pengguna, syarikat pengangkutan awam perlu menyediakan kawasan letak kereta yang luas dan selamat.

4. Caj Parking Kereta Yang Berpatutan

  • Selain itu, adalah penting untuk mengurangkan caj parking kereta. Ini kerana, jika pengguna terpaksa meninggalkan kenderaan mereka untuk jangka masa yang lama, caj parking yang tinggi boleh menjadi beban kepada mereka.

5. Peningkatan Pematuhan kepada Waktu

  • Menyediakan penyelarasan jadual yang lebih baik di antara pelbagai jenis pengangkutan awam untuk memastikan pengguna dapat menghubungkan perjalanan mereka dengan mudah.
See also  Semakan Tarikh Luput LKM

6. Capaian Pembelian Tiket

  • Untuk memudahkan pengguna, syarikat pengangkutan awam boleh melaksanakan sistem pembelian tiket dalam talian dan juga mencipta aplikasi mudah alih. Ini membolehkan pengguna membeli tiket pada bila-bila masa yang menjadikan proses pembelian tiket lebih mudah dan cepat bagi pengguna.

7. Sediakan Wifi Percuma

  • Untuk menarik lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, syarikat pengangkutan awam boleh menyediakan wifi percuma di dalam bas, MRT, LRT, dan lain-lain.

Cadangan-cadangan ini, jika dilaksanakan dengan berkesan boleh membantu meningkatkan sistem pengangkutan awam di Malaysia dan memberikan manfaat kepada semua pengguna.

Leave a Comment