BINGKAS Selangor 2022 : Bantuan Untuk Setiap Bulan RM300 Selama Setahun

BINGKAS Selangor 2022 merupakan satu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di Belanjawan Selangor 2022.

ini juga merupakan program baharu yang memberikan bantuan kepada setiap keluarga yang layak pasca COVID-19 untuk membantu mereka yang terkesan untuk menampung kehidupan seharian mereka.

BINGKAS juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta keperluan hidup.

Jumlah Bantuan Bingkas

Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 bagi setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga termasuk ibu tunggal yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) di bawah inisiatif baharu yang dilanksanakan di bawah program BINGKAS.

BINGKAS Selangor 2022

Syarat Kelayakan

Bantuan ini diperuntukkan untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.

Untuk syarat kelayakan lanjut akan diperincikan dan diumumkan dalam masa terdekat.

Cara Memohon BINGKAS Selangor 2022

Cara memohon bantuan ini akan diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di Facebook Rasmi Menteri Besar Selangor = https://web.facebook.com/amirudinbinshari?_rdc=1&_rdr atau di = https://web.facebook.com/MediaSelangor?_rdc=1&_rdr

See also  Bantuan Latihan Perantis 2023

Leave a Comment