Berapa Hari Cuti Sekolah Hari Raya Aidilfitri 2023

Salah satu perayaan terbesar di Malaysia ialah Hari Raya Aidilfitri dan disambut setiap tahun baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia, di mana banyak orang Islam dan non-Islam pulang ke pangkuan keluarga mereka untuk merayakan hari spesial bersama keluarga dan orang tersayang.

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri ini dirayakan dengan penuh meriah. Kebanyakan orang memanfaatkan kesempatan ini untuk saling berkunjung dan mengadakan acara yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga, rakan, dan juga saudara-mara. Bukan itu sahaja, hiasan-hiasan Hari Raya juga dapat dilihat di rumah-rumah, kedai-kedai, kompleks membeli-belah, dan sepanjang jalan sejak bulan Ramadan lagi.

Selain itu, terdapat pelbagai hidangan yang lazim disajikan seperti ketupat, rendang, lemang, kuih-muih, serta manisan tradisional seperti wajik dan dodol yang menjadi simbolik pada Hari Raya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Berikut adalah tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.

TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202322 APRILSABTUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI
202323 APRILAHADHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI

Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri

Di bawah ini adalah cuti perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri Kumpulan A dan Kumpulan B yang boleh anda jadikan rujukan.

KUMPULAN A

Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

  • 20 April 2023 (Khamis)
  • Jumlah cuti : 10 hari [ 20 April 2023 (Khamis) hingga 29 April 2023 (Sabtu) ]
See also  Biodata Penuh Ira Kazar

KUMPULAN B

Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

  • 20 April 2023 (Khamis) & 21 April 2023 (Jumaat)
  • Jumlah cuti : 11 hari [ 20 April 2023 (Khamis) hingga 30 April 2023 (Sabtu) ]

Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk https://www.moe.gov.my/ berkenaan Kalendar Akademik atau Cuti Perayaan Tambahan yang diperuntukkan oleh KPM.

Leave a Comment