Baucar Diskaun Automotif Untuk Keluarga Malaysia BANJIR

Baucar Diskaun Automotif

BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA

Kerajaan telah memperuntukan Baucar Diskaun Automotif untuk memudahkan sedikit beban yang dihadapi saat ini . Baucar ini telah diumumkan untuk pembaikan dan penggantian kenderaan yang terjejas akibat bencana banjir .

Hal ini, digerakkan dengan kerjasama syarikat automotif yang menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus untuk kerja pembaikan dan tunda keereta dengan percuma .

Baucar ini dianggarkan sehingga RM1,000 bagi menampung kos pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian termasuk kenderaan motosikal, van, dan kenderaan berjenis trak.

Diskaun Automotif ?

Diskaun Automotif mendapatkan potongan harga 25 peratus untuk kos pembaikan dan kos tunda kenderaan pula tidak akan dikenakan bayaran . Baucar diberikan sehinggan RM1,000.

Selepas mendapatkan baucar automotif tersebut pengurangan kos akan dipotong terus dari kos keseluruhan pembaikan dan penggantian melalui satu bill yang dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar yang sah .

Sebanyak 20 Syarikat automotif terlibat yang boleh dihubungi dengan rangkaian 1,000 pusat servis yang sah diseluruh negara. Syarikat PERODUA dan PROTON juga turut serta menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi kos baik pulih serta alat ganti kenderaan dan juga tunda kereta secara percuma .

Senarai Syarikat

Di bawah ini adalah senarai syarikat yang terlibat dalam bantuan baucar diskaun automotif.

Syarikat dan bengkel yang terlibat akan ada penambahan dari selepas ini dari semasa ke semasa .

Mangsa banjir boleh terus menghubungi syarikat yang terdekat dalam senarai tersebut untuk mengetahui pusat servis ada ada berhampiran dikawasan terdekat dengan rumah .

Tarikh Tuntutan Baucar Diskaun Automotif

Baucar diskaun automotif akan berakhir pada tarikh 31 Mac 2022. Pengguna diingatkan untuk menuntut baucar diskaun automotif sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

See also  Semakan BPR Login Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Selain itu, pengguna dinasihatkan membuat tuntutan pada syarikat yang betul atau pengedar yang sah bagi mengelakkan ada kesulitan dalam membuat urusan .

Maklumat Lebih Lanjut Baucar Diskaun Automotif

Untuk maklumat dan info yang lebih lanjut , silah baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di Link di bawah:

https://www.facebook.com/100050687430295/posts/484067429959501/

Leave a Comment