Bantuan Program Budi MARA 2022 Untuk Pelajar MRSM B40

Bantuan Program Budi MARA 2022 . Program Budi MARA merupakan inisiatif pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi para pelajarnya yang melanjutkan pelajaran di mana-mana Maktab Rendah Sains Maran(MRSM) yang dikhususkan bagi mereka yang layak.

Perlaksanaan program ini juga selari dengan dasar pengambilan pelajar MRSM dimana sekurang-kurangnya 60% pelajar adalah daripada golong B40.

Melalui program Budi MARA ini, pelajar daripada keluarga B40 berpeluang mendapat kesamarataan dengan para sebaya mereka melalui pelbagai kemudahan yang diberikan agar mereka dapat menjalani pembelajaran dengan sempurna.

Bentuk Bantuan Yang Diberikan

Bantuan Program Budi MARA 2022

Pelajar yang terpilih mengikut kriteria yang ditetapkan seperti di atas akan menerima bantuan RM1,100 yang merangkumi perkara-perkara berikut :

  1. Yuran persekolahan
  2. Pakaian sekolah
  3. Barangan keperluan harian
  4. Peralatan pembelajaran
  5. Tambang perjalanan cuti semesta
  6. Pakaian sukan
  7. Barangan keperluan peribadi
  8. Wang saku bulanan RM50
  9. Pengecualian bayaran wang caruman

Starat Kelayakan Bantuan Program Budi MARA 2022

Untuk makluman, tidak semua pelajar yang masuk melanjutkan pelajaran ke MRSM automatik layak menerima Bantuan Program Budi MARA 2022 ini, sebaliknya para pelajar ini akan disaring mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  1. Pendapatan isi rumah kurang RM1,500
  2. Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM
  3. Keluarga mempunyai tanggungan 5 orang dan ke atas

Pihak pengurusan MRSM sendiri akan mengenalpasti calon-calon yang layak dan akan disenarai pendek untuk dimajukan ke dalam mesyuarat bagi pertimbangan untuk program Budi MARA ini.

Program Secara Menyeluruh

Memlaui program ini, pegawai MARA Negei, Pegawai MARA Daerah dan warga pendidik MRSM berperanan begi mengadakan lawatan ke rumah pelajar yang kurang berkemampuan dengan menilai latar belakang keluarga, keadaan kediaman, menilai status ekonomi keluarga bagi mengenal pasti pelajar yang layak untuk meneriama Budi MARA.

See also  KWSP kini memberikan Golongan Bekerja Sendiri Dividen Tahunan

Program ini juga melibatkan komitmen penajaan daripada pelbagai pihak sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan untuk permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran :

  1. Portal rasmi MARA = https://www.mara.gov.my/
  2. Telefon : 03-2613 2000
  3. Facebook : https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat

Sebarang pertanyaan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui emel = [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidkan Menengah MARA : 03-26134531

Soalan Lazim

Adakah semua pelajar yang masuk MRSM akan menerima bantuan program Budi MARA 2022 ?

Tidak. mereka yang melanjutkan pelajaran di MRSM akan disaring mengikut syarat-syarat kelayakan bagi layak untuk menerima bantuan tersebut.

Apakah antara bentuk bantuan yang diberikan ?

Antara bentuk bantuan adalah : Wang saku bulanan RM50 , Peralatan pembelajaran, Pakaian sekolah.

Leave a Comment