RM500 akan diberikan kepada pekebun kecil dan juga penoreh yang terkesan akibat musim tengkujuh dan juga harga getah yang jatuh merudum kian melanda negara kini.
Bantuan ini adalah inisiatif yang dilakukan oleh RISDA pada tahun 2020 ini.
Permohonan ini mulai dibuka pada 1 September 2020 hingga 31 Oktober 2020.
Penerima yang layak akan menerima wang dan dipindahkan terus ke akaun penerima secara online (fpx).
Di sini dikongsikan cara untuk membuat permohonan bantuan musim tengkujuh 2020 ini.
Baca: BPR: Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Syarat-syarat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2020
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar sebagai pekebun dengan RISDA.
- Keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar.
- Merupakan seorang pemilik tanah yang sah.
- Bagi 1 lot tanah, hanya seorang sahaja penerima bantuan ini.
Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Seorang penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di kawasan tanah dengan keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
- Seorang penerima bagi satu lot.
- Pemegang kad permit autoriti getah (PAT-G) yang sah.
Artikel lain: APDM Aplikasi pangkalan data murid
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengunjungi pejabat RISDA berdektan dengan anda.
Siala bawa bersama dokumen seperti kad pengenalan, geran tanah, dan dokumen-dokumen lain jika berkenaan.
Semakan Status Permohonan
Anda boleh membuat semakan status dan mengetahui keputusan permohonan dengan melayari: bmt.risda.gov.my
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan?
Pada 31 Oktober 2020.
Nombor telefon manakah boleh dihubungi?
03-4256 4022
Bolehkah membuat rayuan sekiranya tidak berjaya?
Boleh kunjungi pejabat risda berdekatan anda.
Berapakah jumlah bantuan?
RM500 secara bayaran sekali sahaja.