Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (Pesawah, Nelayan, Pekebun)

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 akan disalurkan oleh Kerajaan kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah, dan nelayan untuk meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri. Kos bagi bantuan tersebut bernilai RM170 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan perkara tersebut di Dewan Negara hari ini sebagai tambahan daripada bantuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023.

Dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa bantuan untuk golongan tertentu. Antara bantuan yang telah diumumkan ialah bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan kepada pesawah padi selama tiga bulan semusim. Selain itu, sumbangan musim tengkujuh bagi pekebun kecil getah juga dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan.

“Pemberian bantuan ini merupakan salah satu yang terbesar yang pernah diberikan kepada golongan nelayan, pesawah, dan pekebun kecil getah. Katanya”

Kategori Yang Menerima Bantuan

Terdapat 3 kategori yang akan mendapat bantuan khas kewangan aidilfitri ini, antaranya ialah :

  • Pesawah
  • Nelayan
  • Pekebun Kecil Getah

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.

Ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan bahawa inisiatif tambahan baharu melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan diberikan kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah, dan nelayan.

Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh Pesawah, Nelayan dan juga Pekebun Kecil Getah.

GolonganBantuanJumlah
NelayanRM300 + RM200RM500
Pesawah PadiRM200 + RM200RM400
Pekebun Kecil GetahRM800 + RM200RM1000
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (Pesawah, Nelayan, Pekebun)

Menurut PM, belanjawan 2023 termasuk inisiatif baharu yang merupakan bukti komitmen Kerajaan Perpaduan dalam membawa perubahan kepada negara Malaysia dan juga sebagai bukti ketegasan tadbir urus yang ditingkatkan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

See also  Contoh Deko Dapur Terbaik Dan Cantik

PM menyatakan bahawa disebabkan tanggungjawab yang ini besar, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjayakannya.

Leave a Comment