Amaran Hujan Lebat dan Ribut Petir di Beberapa Daerah

admin

hujan lebat

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang diramal melanda beberapa daerah di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor sehingga jam 12 tengah hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran tersebut dalam hantaran di Facebook.

Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Bentong di Pahang dan Hulu Langat di Selangor. Di Negeri Sembilan, cuaca buruk diramalkan di Jelebu, Seremban, dan Kuala Pilah. Manakala di Johor, daerah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru turut terlibat.

METMalaysia menjelaskan bahawa amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter yang dijangka berlarutan melebihi sejam. Amaran ribut petir ini sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

See also  Permohonan Program Bangkit OKU 2022 : Kursus Menjana Pendapatan Khas OKU Johor

Leave a Comment