20 Koleksi Teka Teki Lawak Dan Lucu

Teka-teki merupakan aktiviti yang menguji kemampuan pemikiran dan dimainkan oleh orang dari semua peringkat umur sepanjang zaman. Teka-teki ialah kenyataan atau soalan yang diberikan dengan niat agar pendengar, seperti ahli keluarga, pasangan, atau rakan anda, cuba untuk menyelesaikannya.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa koleksi teka-teki lawak dan lucu kepada anda.

Jenis Teka-Teki

Terdapat dua jenis teka-teki. Antaranya adalah:

  1. Enigma : Ini adalah masalah yang sering kali diungkapkan dengan kata-kata kiasan atau perumpamaan, dan memerlukan kecerdasan serta pemikiran yang teliti untuk menyelesaikannya.
  2. Conundrum : Ini adalah pertanyaan yang bergantung pada bagaimana jawaban atau pertanyaannya mempengaruhi karakter dalam situasi tersebut.

Koleksi Teka-Teki

Di bawah ini kami kongsikan beberapa soalan dan jawapan teka-teki lawak dan lucu yang boleh anda gunakan bersama keluarga dan sahabat anda bagi memenuhi masa lapang.

BilSoalan Jawapan
1.Ada banyak kaki padanya, tetapi bukanlah binatang.
Dia melalui landasan, tetapi bukanlah kereta api.”
Zip
2.Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?Beruang
3. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?Kuih Teow
4. Apa benda yang kita boleh nampak, tapi bila kita cuba pegang tidak dapat walaupun dia tidak lari?Air
5. Dalam banyak-banyak sate, sate jenis apa paling panas? Saterika
6.  Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam? Ikan sardin cap ayam
7. Bila masa yang anda teruskan ketika merah, pastu berhenti ketika hijau?Ketika makan tembikai
8. Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat?Hang Tuah
9.Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu?Buah Dam
10. Dalam banyak-banyak bom, bom apa yang tidak meletup?Bomba
11. Cicak apa yang paling bahaya?Cicak Nafas Fikirkan kau
12. Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?Beruang (Ber-wang)
13. Ada sungai tak ada air, ada pokok tak ada buah, ada rumah tak ada orang. Apa dia?Peta
14. Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?Anak Mancis
15. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tidak makan dan tidur?Kuching Sarawak
16. Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?Taugeh
17.Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?Bil Api
18.Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?Teliga
19. Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?Anak Kucing
20.Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya?Lampu Isyarat

See also  Kiblat online : Cara Mengetahui Arah Kiblat

Leave a Comment